Wednesday, February 5, 2014

Please Be Careful With My Heart

Hai , Assalamualaikum stalkerssss :)

sibuk je mamat belakang tu =P
Hari ni aku nak share lirik lagu please be careful with my heart, telenovela yang sedang hangat kat tv3 ni,
lagu yang best,
and pelakon yang ohsemmm, hahaha..ok la, enjoy






If you love me, like you tell me
Please be careful with my heart
You can take it, just don't break it
Or my world will fall apart
You are my first romance, and I'm willing to take a chance
That til life is through, I'll still be loving you
I will be true to you, just a promise from you will do
From the very start, please be careful with my heart
I love you and you know I do
There'll be no one else for me
Promise I'll be always true, for the world and all to see
Love has heard some lies softly spoken
And I have had my heart badly broken
I've been burned and I've been hurt before
So I know just how you feel, trust my love is real for you
I'll be gentle with your heart, I'll caress it like the morning dew
I'll be right beside you forever
I won't let our world fall apart
From the very start, I'll be careful with your heart
You are my first (and you are my last) romance
And I'm willing to take a chance (I've learned from the past)
That til life is through, I'll still be loving you
I will be true to you (only to you)
Just a promise from you will do
From the very start (from the very start)
From the very start (from the very start)
From the very start (from the very start)
Please be careful with...(I'll be careful with...)
(your) (my) heart....

Songwriters



Read more: Jose Mari Chan - Please Be Careful With My Heart Lyrics | MetroLyrics


Saturday, January 25, 2014

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM

Assalamualaikum semua,


Tahun ni, saya akan menduduki peperiksaan yang sangat penting..
Iaitu SPM.
Antara hidup dan mati! Cehh cehhh,, hahah

So, Saya ingin kongsikan kepada anda tentang persediaan menghadapi peperiksaan spm. 
Saya belum bersedia lagi untuk menghadapi peperiksaan spm pada hujung tahun ni. 
Tapi, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapat kerjayaan 
aminnnnnnnnn.
SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN
  • Kenalpasti kedudukan meja di pusat/dalam bilik peperiksaan.
  • Pastikan alat tulis adalah mencukupi seperti pen, pensel, pembaris, pemadam dan alat tulis tambahan yang lain. Sediakan spare bagi setiap alat tulis sebagai langkah-langkah persediaan. Beli baru jika alat tulis rosak.
  • Pastikan kad pengenalan/pengenalan JPN sementara dan slip peperiksan dalam keadaan baik. Simpan di tempat yang selamat.
  • Pastikan baju uniform dalam keadaan baik dan bersih. Disarankan pakai baju baru untuk lebih semangat dan ceria. Jika tiada memadai dengan baju yang kemas. Gosok baju dan bersihkan kasut.
  • Pastikan jam tangan dalam keadaan baik untuk mengurus masa, cermin mata dalam keadaan baik untuk mata dan mesin kira (kalkulator) dalam keadaan baik. Gantikan dengan bateri yang baru jika kuasa kalkutor lemah.
  • Pastikan kenderaan ke sekolah/pusat peperiksaan dalam keadaan baik. Sila service motosikal/kereta bagi pelajar yang berkenderaan sendiri ke sekolah/pusat peperiksaan.
MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
  • Semak sekali lagi semua peralatan. Letakkan di tempat yang mudah diambil.
  • Jika perlu menelefon kawan lakukan dengan ringkas.
  • Jika perlu studi, lakukan secara express, iaitu dengan hanya membelek isi penting sahaja.
  • Tidur awal. Disarankan tidak lewat pukul 11 malam.
SUBUH/PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN
  • Bangun awal. Dicadangkan pukul 5.30 pagi. Mandi dan bersihkan diri.Buang air besar dan air kecil. Solat Hajat dan Solat Subuh.
  • Pakai baju baru/baju bersih/baju yang telah digosok/baju uniform yang kita gemari.
  • Pakai minyak wangi tetapi jangan keterlaluan. Bedak sudah memadai jika tiada minyak wangi.
  • Bersarapan yang khasiat. Jangan ambil sarapan yang bersambal dan berlemak. Ambil/makan kismis/kurma.
  • Ambil semua alat tulis yang diperlukan. Jangan lupa kad pengenalan dan slip peperiksaan.
  • Minta maaf dengan ibu bapa. Cium tangan mereka.
  • Datang awal ke pusat peperiksaan.
1 JAM SEBELUM PEPERIKSAAN
  • Ambil wudhuk.
  • Lakukan solat sunat.
  • Jangan lupa senyum.
  • Buat senaman ringan untuk lebih segar, tarik nafas dalam-dalam untuk menghilangkan rasa gementar.
  • Banyakkan baca surah al Fatihah, 3 Qul serta selawat nabi untuk menghilangkan darah gemuruh.
  • Makan gula-gula/kismis/kurma untuk lebih bersemangat dan tenaga tumpuan.
  • Jangan baca buku, steady, jangan terpengaruh dengan rakan yang membaca buku. Ini akan menyebabkan kita stress/gementar. Ingat kita telah berusaha. Kita perlu banyak membaca buku, sebelum peperiksaan bermula....
  • Jangan panik. Ingat Allah banyak-banyak.
MENJAWAB PEPERIKSAAN
  • Mulakan dengan bismillah. Jawab dengan tenang.
  • Buat rangka jawapan jika perlu. Baca dengan teliti arahan soalan dan fahami soalan.
  • Tanya pengawas jika tidak faham atau terdapat sebarang kesulitan dan kemusykilan.
  • Jika terlupa jawapan, baca istighfar banyak-banyak dan selawat nabi.
SELEPAS MENJAWAB PEPERIKSAAN
  1. Bertawakkal kepada Allah. Semoga kita peroleh keputusan yang cemerlang       

Ok guys, good luck for your exam! 
Chayook, chayoooook


Friday, December 21, 2012

Jenis-jenis Sahabat

Kawan atau sahabat merupakan orang ke 2 terpenting selain family. So, saya nak kongsikan sesuatu yang berkait dengan sahabat. Ada banyak jenis sahabat,korang tentukan lah korang sahabat jenis yang macam mana ok.




1. Sahabat Sejati
sahabat sejati adalah sahabat kita yang paling boleh dipercayai . Sahabat sejati akan sentiasa membantu kita ketika kita susah, sentiasa menjaga rahsia dan aib kita, membimbing kita ke jalan yang benar atau menegur bila kita buat kesalahan. Sahabat sejati juga sentiasa berusaha untuk menjaga hati kita. Dia tidak akan sesekali mengatakan sesuatu yang boleh menyakitkan hati kita dan dia juga sentiasa berlaku jujur dengan kita.

2. Sahabat ketika gembira
sahabat bergembira adalah sahabat yang sentiasa ada disaat kita happy, sanggup berkongsi perkara2 yang menyeronokan , sentiasa ada bila kita melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Akan tetapi sahabat ini tidak akan muncul taktala kita ada masalah. Dia akan ada bila kita gembira dan tidak akan membantu kita jika kita berduka. So, korang fikir2kan lah.

3. Sahabat Hipokrit
sahabat jenis ini sentiasa mulia di mata kita taw. Nampak perfect je.. Tapi awas,mereka akan berkongsi rahsia dan berjanji untuk menyimpan rahsia , tetapi di belakang kita , mereka akan mengata kita dan menceritakankeburukan kita. Mereka akan buat apa sahaja untuk melihat kita jatuh. Senang kata lah mereka ni dengki dengan apa yang kita ada. So berhati2 lah ok.


4. Sahabat Udang (ada udang disebalik batu)
sahabat jenis ini memang ramai.. sahabat jenis ini selalu mendampingi kita , selalu ajak kita keluar , lepak2 , pergi cc ke , then apa yang berlaku ialah dia suruh kita belanja. Bila kita tanya mana duit dia , dia jawab terlupa bawak dompet. Alasan bodoh inilah yang saya selalu dengar. Bila kita ada duit , kitalah hero kat mata dia , bila pokai ,lalu depan rumah pun tak mau, punya berlagak. Time duit tak dak buat2 tak kenal je... Time ada mula lah menggedik dengan kita. Orang macam ini korang tak payah kawan lah. Buat sakit hati taw nak kikis duit kita je .



So ,saya harap korang bijak dalam memilih kawan , jangan berkawan dengan orang yang hanya nak tumpang senang dengan kita. Nanti bila kita susah orang takkan tolong kita . Carilah sahabat sejati..